Seorang pemimpin harus bertegas dalam menjalankan pentadbiran dan membuat keputusan demi kebaikan rakyat.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, biarpun ia mungkin disalah erti, namun ciri itulah yang akan membawa kestabilan dan pembangunan nasional dalam sesebuah negara.
beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Parti Nasional Demokrat (NASDEM) di Jakarta, Indonesia.